Sunday, 22 April 2012
Friday, 20 April 2012
Majlis Tahlil BPA Bil.1/2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan
KESUMBA BPA telah mengadakan Majlis Tahlil pada :
Tarikh : 20 April 2012 (Jumaat)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama BPA, Aras 6, Blok B1.
Biro Kebajikan KESUMBA BPA
Wednesday, 21 March 2012
Badminton Persahabatan BPA-MAMPU
PERSAHABATAN –
Satu perlawanan persahabatan badminton
antara BPA dengan MAMPU, JPM telah diadakan pada 20 Mac 2012 jam 9.00 malam.
Pada perlawanan yang diadakan di Dewan Badminton, Sek. Ren. Keb. Putrajaya,
Presint 11, Putrajaya, pasukan BPA menang bergaya dengan keputusan 4 – 1.
Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kedua-dua pihak
disamping memberi pendedahan kepada pemain untuk meningkat kemahiran mereka
dalam sukan tersebut.
Sementara itu, Biro Sukan
BPA pula berharap perlawanan persahabatan tersebut dapat diadakan lagi selepas
ini, juga ada diwar-warkan akan digabungkan dengan MAMPU akan lebih mantap lagi
pasukan badminton BPA diperingkat JPM.
Sekian,
Zainol bin Yusof
Pengerusi, Biro Sukan
BPA
Monday, 19 March 2012
Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw JPM 2012
Pada 17 Mac 2012 Kelab Bukit
Perdana, JPM telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring dan Sepak Takraw kepada
semua agensi-agensi dibawah JPM. Pertandingan tersebut telah diadakan secara
serentak di Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya. Bagi pasukan Bola Jaring
sebanyak 12 pasukan agensi dibawah JPM telah menyertai, manakala pasukan Sepak
Takraw sebanyak 20 pasukan berjaya menyertainya.
Namun begitu kedua-dua wakil
BPA terpaksa akur dengan kekalahan diperingkat kumpulan walaupun mempamerkan
prestasi cemerlang pada sepanjang perlawanan. Syabas dan tahniah diucapkan pada
kedua-dua wakil BPA yang telah menyertai kejohanan
tersebut.
Sekian,
Zainol bin
Yusof
Pengerusi Biro Sukan
BPA
Thursday, 15 March 2012
Kejohanan Futsal JPM 2012
PUTRAJAYA – Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana
Menteri, menyertai Kejohanan Futsal JPM 2012 yang diadakan pada 3 Mac 2012
bertempat di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya. Acara tahunan
pada kali ini telah disertai sebanyak 52 pasukan dibawah agensi JPM dan
dibahagikan kepada 14 kumpulan. BPA yang berada bersama-sama SPRM ‘A”, Mahkamah
Syariah Wilayah Persekutuan dan Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia ‘A”
hanya bermain di peringkat saringan sahaja berikutan tiada kemenangan
dicatatkan.
Namun begitu, jalinan silaturahim dan kemesraan
dapat diwujudkan bersama-sama agensi-agensi dibawah JPM. Perasmian kejohanan
telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hasnah bt Hj. Salleh, Timbalan Ketua
Setiausaha JPM. Keputusan kejohanan juara dimenangi oleh APMM Terengganu, naib
johan Jabatan Peguam Negara dan tempat ketiga dan keempat SPRM ‘A’ /JAWI
‘A’.
Sekian
Zainol bin
Yusof
Pengerusi Biro Sukan
BPA
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tujuan Dan Objektif KESUMBA
Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)










