Wednesday 14 December 2011

Kejohanan Badminton JPM 2011


BPA telah menyertai Kejohanan Badminton JPM 2011 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan pada 10 – 11 Disember 2011 (Sabtu- Ahad). Sebanyak 15 agensi dibawah JPM mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran Kelab Bukit Perdana.
Penyertaan BPA yang diletakkan dalam kumpulan D daripada 4 kumpulan yang dipertandingkan secara liga. Persiapan rapi yang dijalankan oleh BPA awal tahun telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan apabila pasukan BPA sampai ke peringkat suku akhir kejohanan.  Namun nasib tidak menyebelahi kepada pasukan BPA apabila tewas ditangan pasukan SPA ‘B’ selaku juara bertahan bagi mengisi tempat keseparuh akhir. Syabas diucapkan kepada semua pemain yang secara tidak langsung mengharumkan nama BPA diperingkat JPM dan mengakhiri penutup kejohanan sukan sepanjang tahun ini.
Keputusan keseluruhan juara dimenangi oleh JPA ‘A’ , naib juara Jabatan Statistik dan tempat ketiga PERDA, Pulau Pinang dan keempat SPA ‘B’.


Sekian
Zainol bin Yusof
Pengerusi Biro Sukan,
Kelab Kebajikan dan Sukan BPA

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)