Sejarah Penubuhan KESUMBA

Penubuhan KESUMBA bermula dengan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab (Penaja) BPA Bil 1/2008 pada 16 Jun 2009.

Pengerusi
En Md Zin bin Musa
Tim Pengerusi
Pn Umi Kalthom bt Hj Mohd Din
Setiausaha
En Saari bin Omar
Pen setiausaha
En Ruza bin Elias
Bendahari
Pn Siti Aminah binti Mohd Yasin
Pn Bendahari
Pn Maziyatun binti Mohamad
AJK
En Md Nasir bin Ecsoff
Tn Hj Najimudin bin Esa
En Mohd Azrin bin Md Jalani
Pn Ayu Hanira bt Mohamad Amin

Mesyuarat:
16 Jun 2008
Mesyuarat Jawatankuasa Kelab (Penaja) BPA Bil 1/2008

25 Jun 2008
Mesyuarat Jawatankuasa Kelab (Penaja) BPA Bil 2/2008
18 Jul 2008
Mesyuarat Jawatankuasa Kelab (Penaja) BPA Bil 3/2008
29 Okt 2008
Mesyuarat JK Kerja Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Deepavali ke 1
31 Okt 2008
Mesyuarat JK Kerja Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Deepavali ke 2

Aktiviti :
 3 Nov 2008
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri & Deepavali

Jawatankuasa penggerak untuk menubuhkan kelab telah dimulakan pada bulan Jun 2008. Cadangan penubuhan kelab telah dipersetujui oleh Mantan Ketua Pengarah YBrs Dr Chua Hong Teck dan bersetuju menetapkan kadar bayaran yuran sebagaimana didalam Perlembagaan Kelab.

Satu Jawatankuasa Kerja telah dibentuk dimana seramai 12 orang pegawai dan kakitangan telah berjaya menyediakan perlembagaan kelab. Antara lain tujuan penubuhan kelab bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan disamping mengutip derma.

Permohonan secara rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan telah dikemukakan pada 25 Mac 2009.

Akuan Penerimaan Permohonan Untuk Pendaftaran bertarikh 20 April 2009.

Kelulusan pendaftaran pertubuhan dan undang-undang tubuh bertarikh 18 Jun 2009

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)