Mesyuarat Agung KESUMBA 2011/2012

JAWATANKUASA
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN
(KESUMBA)
2011/2012
Yang DiPertua
Puan Rogayah binti A Bakar
Naib Yang DiPertua
Encik Abd Jalil bin Ismail
Setiausaha
Encik Ahmad Azid Tahar bin Ahmad Latiffi
Pen Setiausaha
Cik Aziah bt Abdul Aziz
Bendahari
Encik Asrul Nizwan bin Mohamed
Pn Bendahari
Cik Haneeta Kaur A/P Balver Singh
AJK

Sukan
Encik Zainol bin Yusof
Kebajikan
Cik Anina binti Mustafa
Ekonomi
En. Safri Zohodan bin Ahmad
Publisiti
Pn Azlina bt Ali
Pemeriksa Kira-kira
Puan Rowenna Lantung Entang

Cik Dayang Syahirah Binti Ibrahim


MINIT MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN (KESUMBA) KE-3
BIRO PENGADUAN AWAM

TARIKH           :      13 Mei 2011 (Jumaat)

MASA              :      3.30 ptg – 4.00 ptg
TEMPAT         :      Bilik Persidangan
                                Aras 2, Blok B1
Kehadiran:   (Seperti di Lampiran `A’)

1              PERUTUSAN PENGERUSI

Aluan Kehadiran

1.1           Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua.

Ucapan Penghargaan

1.2           Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan masa dan tenaga ahli-ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan BPA (KESUMBA) dalam menjayakan program-program yang telah dirancang sepanjang tahun 2010.
1.3           Tuan Pengerusi berharap ahli-ahli jawatankuasa yang baru kelak akan dapat memainkan peranan yang lebih baik dan berkesan.

2              PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1          Minit Mesyuarat KESUMBA bertarikh 12 April 2010 disahkan dengan dicadangkan oleh Encik Noor Iskandar bin Zubir dan telah disokong oleh Cik Syairah bt Mohamad Razali.



3              LAPORAN AKTIVITI KELAB

Pengurusan Kelab

3.1          Mesyuarat telah dimaklumkan oleh Setiausaha iaitu Encik Ahmad Azid Tahar bin Ahmad Latiffi bahawa kelab telah melaksanakan dan menyertai pelbagai program sepanjang tahun 2010 hingga kini.
3.2          Mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang masalah besar yang berlaku dalam pengurusan kelab dan semua perancangan yang dirangka berjalan dengan baik.

Biro Sukan

3.3          Ketua Biro Sukan, Encik Zainol bin Yusof memaklumkan mesyuarat bahawa Biro Sukan telah menyertai 10 kejohanan yang dianjurkan Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri. Kejohanan tersebut termasuklah kejohanan futsal, bola jaring dan bola tampar. Sungguhpun tidak memenangi sebarang kejohanan, penyertaan kelab sekurang-kurangnya dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan ahli dan juga mengamalkan gaya hidup sihat.
3.4          Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Biro Sukan telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bersama agensi awam yang lain. Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan baik di antara agensi di samping menggalakkan ahli kelab untuk sentiasa bersukan.
3.5          Biro Sukan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli di atas sumbangan yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010.

Biro Kebajikan

3.6          Mesyuarat dimaklumkan oleh Ketua Biro Kebajikan iaitu Tuan Hj. Najimudin bin Esa di mana sepanjang tahun 2010, aktiviti utama yang telah dijalankan adalah majlis tahlil dan bacaan Surah Al Mulk. Ia bertujuan sebagai pembelajaran dan dihadiahkan kepada almarhum/almarhumah ibu bapa kakitangan yang baru dan yang telah lama meninggal dunia. Walau bagaimanapun, perbelanjaan untuk majlis tahlil adalah sepenuhnya dari derma ikhlas ahli kelab dan tidak melibatkan kewangan kelab.
3.7          Ahli Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa antara aktiviti lain yang dijalankan adalah lawatan ziarah ke kematian ahli kelab di samping mengutip derma ikhlas.
3.8          Biro Kebajikan juga memberikan sumbangan ikhlas kepada ahli kelab bagi perkahwinan pertama dan juga kelahiran anak pertama.

Biro Ekonomi

3.9          Ketua Biro Ekonomi, Cik Dayang Syahirah bt. Ibrahim memaklumkan mesyuarat bahawa pihaknya telah menjalankan perniagaan yang bermodalkan peruntukan kelab iaitu sebanyak RM 427.40. Jumlah hasil jualan yang dicatatkan adalah sebanyak RM 680.10 di mana keuntungan bersih adalah RM 252.70.
3.10        Biro Ekonomi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana menyokong usaha kelab untuk menjalankan perniagaan tersebut.


Laporan Penyata Kewangan

3.11        Laporan Penyata Kewangan telah dibentangkan oleh Bendahari iaitu Encik Asrul Nizwan bin Mohamad.  Mesyuarat telah dimaklumkan kedudukan kewangan tahunan kelab di mana sehingga 20 April 2011, kelab mempunyai sebanyak RM 5727.80 yang termasuk cek bernilai RM 1880.00 sumbangan daripada Kelab Bukit Perdana, Jabatan Perdana Menteri.
3.12        Bendahari kelab mengusulkan kepada ahli mesyuarat agar akaun bank  kelab diwujudkan bagi memudahkan pengurusan kewangan kelab di masa hadapan.
3.13        Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa satu akaun bank diwujudkan seperti mana yang diusulkan Bendahari.
3.14        Bendahari mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab yang telah memberi kerjasama membayar yuran bulanan kelab selama ini. Beliau berharap pengurusan kewangan kelab akan menjadi lebih baik dan efektif di masa hadapan.

4.             PEMBUBARAN AJK 2010/2011 DAN PELANTIKAN AJK 2011/2012

4.1          Mesyuarat sebulat suara telah menyokong pembubaran Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2010/2011 dan sekaligus telah melantik Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2011/2012 untuk mengambil alih pengurusan KESUMBA.  Antara syarat-syarat pengundian untuk Ahli Jawatankuasa baru adalah calon-calon yang tidak hadir mesyuarat dibolehkan selagi berkhidmat di BPA.

4.2          Ahli Jawatankuasa KESUMBA bagi tahun 2011/2012 adalah seperti di bawah:

JAWATAN
NAMA
DICADANGKAN OLEH
DISOKONG OLEH
UNDI
Yang Dipertua
Pn. Rogayah binti
A Bakar
En. Asrul Nizwan Mohamad
En. Zulkarnain Johari
23
Naib Dipertua
En. Abd Jalil Ismail Cik Syairah bt Mohamad RazaliEn. Noor Iskandar bin Zubir
24
Setiausaha
En. Ahmad Azid Tahar Ahmad Latiffi
En. Noor Iskandar bin Zubir
Cik Haneeta Kaur A/P Balver Singh
30
Penolong Setiausaha
Cik Aziah bt Abdul AzizCik Syairah bt Mohamad RazaliPn Adila binti Jusoh@Alias
22
Bendahari
En. Asrul Nizwan Mohamad
Cik Haneeta Kaur A/P Balver Singh
En. Noor Iskandar bin Zubir
29
Penolong Bendahari
Cik Haneeta Kaur A/P Balver SinghEn. Mohd Shafiai bin Abdul RahimPn Aniza bt Ali
25
Jawatankuasa
(Ketua Biro)
En. Zainol Yusof
En. Ahmad Azid Tahar Ahmad Latiffi
En Md Nasir bin Ecsoff
32
Pn Azlina bt AliCik Syairah bt Mohamad RazaliCik Haneeta Kaur A/P Balver Singh
23
En. Safri Zohodan bin Ahmad
Cik Nur Fairuz bt. Zamri
En. Zulkarnain Johari
34
Cik Anina MustafaPn. Rogayah binti A Bakar
Cik Dayang Syahirah Ibrahim
22
Pemeriksa Kira-Kiara
Pn Rowenna
Cik Dayang Syahirah Ibrahim
En. Asrul Nizwan Mohamad
En. Mohd Firdaus bin Ishak
Sebulat suara


  Senarai susunan Jawatankuasa Kelab yang dipilih adalah seperti berikut:

Yang DiPertua
Puan Rogayah binti A Bakar

Naib Yang DiPertua
Encik Abd Jalil bin Ismail

Setiausaha
Encik Ahmad Azid Tahar bin Ahmad Latiffi

Penolong Setiausaha
Cik Aziah bt Abdul Aziz

Bendahari
Encik Asrul Nizwan bin Mohamed

Penolong Bendahari
Cik Haneeta Kaur A/P Balver Singh

Jawatankuasa
Encik Zainol bin Yusof
                Pn Azlina bt Ali
En. Safri Zohodan bin Ahmad
Cik Anina binti Mustafa

Pemeriksa Kira-Kira
Puan Rowenna Lantung Entang
Cik Dayang Syahirah Binti Ibrahim

5              HAL-HAL LAIN

YURAN BULANAN

5.2           Mesyuarat dicadangkan oleh Encik Najimudin bin Esa supaya yuran bulanan dikaji semula agar kutipan yang lebih banyak dapat diperolehi setiap bulan. Ia bertujuan untuk membolehkan kelab merangka lebih banyak aktiviti dengan sokongan kewangan yang lebih kukuh.
5.3           Cadangan kadar bayaran yuran bulanan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
                               
Gred Jawatan
Kadar lama (RM)
Gred Jawatan
Kadar baharu (RM)
16-1
2
1-16
2
17
3
17-26
3
32/27/22
5
27-40
5
44/41/36
7
41
10
52/48
10
44
12
54
12
48
15
JUSA C & B
20
52
18
54
20
JUSA C
25
JUSA B
30

5.4          Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan kadar bayaran yuran bulanan kelab yang baharu dan mencadangkan agar perkara ini dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kelak.

6              PENUTUP

6.1          Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan ucapan salam dan terima kasih dari Tuan Pengerusi.




Disediakan oleh:

.......................................................................
(AHMAD AZID TAHAR B AHMAD LATIFFI)
Setiausaha
Kelab Kebajikan dan Sukan BPA 2011/2012



Disemak oleh:

.................................................
(ROGAYAH BINTI A BAKAR)
Yang DiPertua
Kelab Kebajikan dan Sukan BPA 2011/2012






LAMPIRAN ‘A’

Bil                           Nama

1.            YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah
2.            Puan Rogayah binti A. Bakar
3.            Encik Md Nasir bin Ecsoff                                                                          - Pengerusi
4.            Tuan Hj Najimudin bin Esa
5.            Encik Mohd Asri bin Mohammad
6.            Encik Ahmad Khairul Nazli bin Abu Ishak
7.            Encik Noor Iskandar bin Zubir
8.            Encik Ahmad Azid Tahar bin Ahmad Latiffi
9.            Encik Asrul Nizwan bin Mohamed
10.         Cik Adila binti Jusoh@Alias
11.         Cik Haneeta Kaur A/P Balver Singh
12.         Encik Sivaneswaran A/L Goval Krishnan
13.         Encik Mohd Shafiai bin Abdul Rahim
14.         Puan Zaleha bt Mohamed
15.         Encik Mohd Firdaus bin Ishak
16.         Encik Khairul Faiz bin Kadir
17.         Puan Azlina binti Ali
18.         Puan Siti Farah bt Mohammed Rusli
19.         Cik Nurunnajwa bt Arshad
20.         Puan Siti Khaira bt Ismail
21.         Encik Abdul Jalil bin Ismail
22.         Encik Zainol bin Yusof
23.         Puan Noor Azizah bt Mohd Haitami
24.         Cik Dayang Syahirah binti Ibrahim
25.         Cik Norazrena binti Abd. Halim
26.         Encik Saari bin Omar
27.         Cik Siti Rohayu Saw Binti Abdullah
28.         Encik Sanjay A/L Dharmalingam
29.         Cik Rodziyana Binti Abdul Jamal
30.         Puan Musliha Binti Namat
31.         Puan Rosnidah Binti Ab Rahim
32.         Cik Aziah Binti Abdul Aziz
33.         Puan Nuraznida binti Abdul Halyily
34.         Puan Kamisah Binti Abu Bakar
35.         Cik Sashila A/P Madavan Pellay
36.         Puan Rahiza Binti Abdul Talib
37.         Puan Norhayati Bt. Abdullah Thani
38.         Puan Siti Zainab binti Ablun
39.         Cik Julieana Khalid
40.         Puan Azeemah Bt Md Ishak
41.         Cik Nor Azlina Menoh
42.         Cik Hadijani Binti Mohamad Salleh
43.         Cik Jacquelyn anak Abam
44.         Cik Yusma Diana Binti Yusoff
45.         Cik Nur Fairuz Binti Zamri
46.         Encik Zulkarnain Bin Johari
47.         Cik Syairah Mohamad Razali
48.         Puan Aniza binti Saari
49.         Puan Siti Aisah Binti Mohamad
50.         Encik Nik Mohd Sharul Azuan Nik Soh
51.         Encik Safri Zohodan Bin Ahmad
52.         Encik Muhammad Arif bin Abdullah
53.         Puan Azielah Mohd Yusoff
54.         Puan Zini Binti Othman
55.         Puan Zurina Binti Zain

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)