Monday, 28 May 2012

JEMPUTAN: Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan BPA kali ke-4


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Dato’ / Tuan /Puan, Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUMBA) BPA akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-4 pada ketetapan berikut:

Tarikh               :           30 Mei 2012 (Rabu)
Tempat            :           Bilik Persidangan,Aras 2, Blok B1,
                                      Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Waktu              :           3.00 petang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti pada lampiran.

4. Kehadiran YBhg. Dato’ / Tuan / Puan ke mesyuarat ini adalah diwajibkan. Bagi memberi peluang kepada Warga BPA untuk terlibat di dalam KESUMBA, adalah dicadangkan pelantikan AJK KESUMBA Sesi 2012/2013 boleh dibuat dikalangan Warga BPA yang tidak dapat menghadiri mesyuarat ini. Di samping itu, pelantikan juga adalah dicadang dibuat di kalangan Warga BPA yang masih belum pernah memegang jawatan sebelum ini.

5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’ / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.  

AZIAH BINTI ABDUL AZIZ
Penolong Setiausaha
Kelab Kebajikan dan Sukan
Biro Pengaduan Awam

15 Mei 2012 

Saturday, 12 May 2012

Program Hari Keluarga Biro Pengaduan Awam 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Hari Keluarga Biro Pengaduan Awam 2012 akan diadakan pada 26 - 27 Mei 2012 di Melaka Wonderland, Melaka Bandaraya Bersejarah. Bagi merasai kemeriahannya bersama-sama ini disertakan informasi awal bagi Program Hari Keluarga BPA 2012.



Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)