Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ /
Tuan / Puan,
Saya dengan
hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk
makluman YBhg. Dato’ / Tuan /Puan, Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUMBA) BPA akan
mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-4 pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 Mei 2012 (Rabu)
Tempat :
Bilik Persidangan,Aras 2, Blok B1,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Putrajaya.
Waktu :
3.00 petang
3. Agenda
mesyuarat adalah seperti pada lampiran.
4. Kehadiran
YBhg. Dato’ / Tuan / Puan ke mesyuarat ini adalah diwajibkan. Bagi
memberi peluang kepada Warga BPA untuk terlibat di dalam KESUMBA, adalah
dicadangkan pelantikan AJK KESUMBA Sesi 2012/2013 boleh dibuat dikalangan Warga
BPA yang tidak dapat menghadiri mesyuarat ini. Di samping itu, pelantikan juga
adalah dicadang dibuat di kalangan Warga BPA yang masih belum pernah memegang
jawatan sebelum ini.
5. Perhatian
dan kerjasama YBhg. Dato’ / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan
dan dihargai.
Sekian, terima
kasih.
AZIAH BINTI
ABDUL AZIZ
Penolong
Setiausaha
Kelab Kebajikan
dan Sukan
Biro Pengaduan
Awam
15 Mei
2012
No comments:
Post a Comment