Wednesday 14 December 2011

Kejohanan Badminton JPM 2011


BPA telah menyertai Kejohanan Badminton JPM 2011 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan pada 10 – 11 Disember 2011 (Sabtu- Ahad). Sebanyak 15 agensi dibawah JPM mengambil bahagian dalam kejohanan anjuran Kelab Bukit Perdana.
Penyertaan BPA yang diletakkan dalam kumpulan D daripada 4 kumpulan yang dipertandingkan secara liga. Persiapan rapi yang dijalankan oleh BPA awal tahun telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan apabila pasukan BPA sampai ke peringkat suku akhir kejohanan.  Namun nasib tidak menyebelahi kepada pasukan BPA apabila tewas ditangan pasukan SPA ‘B’ selaku juara bertahan bagi mengisi tempat keseparuh akhir. Syabas diucapkan kepada semua pemain yang secara tidak langsung mengharumkan nama BPA diperingkat JPM dan mengakhiri penutup kejohanan sukan sepanjang tahun ini.
Keputusan keseluruhan juara dimenangi oleh JPA ‘A’ , naib juara Jabatan Statistik dan tempat ketiga PERDA, Pulau Pinang dan keempat SPA ‘B’.


Sekian
Zainol bin Yusof
Pengerusi Biro Sukan,
Kelab Kebajikan dan Sukan BPA

Tuesday 6 September 2011

Thursday 7 July 2011

Sekitar Sambutan Hari Keluarga BPA 2011

Wajah-wajah ceria warga BPA sempena sambutan Hari Keluarga yang diadakan di FRIM pada 2 Julai 2011.

Alam Ceria, Keluarga Bahagia

Seawal Pagi

Senamrobik dan Majlis Pelancaran
Acara Menanam Pokok

Wajah-wajah Ceria
Acara Sukaneka Kanak-Kanak
Acara sukaneka Dewasa
Perlawanan Futsal antara Pilihan Dato' KP menentang AJK

Keceriaan Kegembiraan Terukir

Warga BPA yang turut serta menjayakan program Hari Keluarga BPA 2011



created by: sk8erpoYAn

Friday 1 July 2011

ESOK Hari Keluarga!!!!!!

HARI KELUARGA BPA 2011

Tema Hari Keluarga BPA 2011

“Alam Ceria, Keluarga Bahagia”
Warna tema pakaian : HIJAU

TERKINI:Aturcara Hari Keluarga


Pindaan : Sesi bergambar dijangka selepas Kempen Hijau

TERKINI:Aturcara Sukaneka

Wednesday 22 June 2011

Sukaneka Hari Keluarga BPA 2011

Sukacita dimaklumkan, Program Hari Keluarga BPA 2011 akan diadakan pada  2 Julai  2011 (Sabtu) di FRIM, Kepong, Selangor. Sehubungan itu, bagi memeriahkan sambutan tersebut acara Sukaneka turut akan diadakan. Bersama-sama ini disertakan beberapa acara sukaneka untuk makluman awal YBhg. Dato’/Tuan/Puan selanjutnya.

Acara Sukaneka untuk kanak-kanak (7-12 tahun)
1.    Rebut Gula-Gula dan Hadiah Kecil (kanak-kanak berusia 3 – 6 tahun)
2.    Isi Air Dalam Botol (Berkumpulan)
3.    Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu (Berkumpulan)
4.    Kerusi Berirama (Terbuka)

Acara Sukaneka Untuk Dewasa Lelaki/Perempuan
1.    Trompah Gergasi (Berkumpulan)
2.    Lari Dalam Guni (Berkumpulan)
3.    Bomba Kampung (Berkumpulan)
4.    Monorail (Berkumpulan)

Pengesahan Kehadiran


Kemudahan Pengesahan Kehadiran secara online :

Tuesday 21 June 2011

Jemputan Hari Keluarga BPA


Assalammualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

PROGRAM HARI KELUARGA BIRO PENGADUAN AWAM 2011
ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN BPA (KESUMBA)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sukan BPA akan menganjurkan Program HARI KELUARGA BPA 2011” bersama sebagai satu program mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga BPA. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh  
:
2 Julai 2011 (Sabtu)

Masa
:
7.30 pagi  – 2.00 petang

Lokasi
:
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Bayaran
:
RM 20  (bagi warga gred 3 hingga 22);
RM 50   (bagi warga gred 27 hingga 32);
RM 70   (bagi warga gred 36 hingga 44);
RM 100 (bagi warga 48 hingga 52);
RM 200 (bagi warga gred 54);
RM 300 (bagi warga gred VU7); dan
RM 500 (bagi warga VU6)  
 
                 * Ahli keluarga adalah suami/isteri/anak warga BPA sahaja.
                 * Ahli keluarga yang lain tidak dikenakan sebarang bayaran.
                 * Selain Ahli keluarga bayaran tambahan RM20 akan dikenakan.

3.       Sehubungan  itu, YBhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan Program HARI KELUARGA BPA 2011 ini. Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran anda dengan mengemukakan Lampiran A yang telah lengkap diisi sebelum atau pada 23 Jun (Khamis) kepada Biro Publisiti KESUMBA.

4.         YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga dibenarkan untuk membawa ahli keluarga untuk memeriahkan lagi program ini. 

5.         Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Tuan/Puan dalam menghadirkan diri dan menjayakan  program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi ahli-ahli jawatankuasa KESUMBA seperti berikut:

i)       Pn Azlina Binti Ali
(azlinaali@pcb.gov.my , 03-88725676 )
ii)      Pn Herdayu Binti Hamid
(herdayu@pcb.gov.my , 03-88725635 )
iii)     En Khairul Faiz Bin Kadir
(faiz@pcb.gov.my , 03-88725608 )

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

AZLINA BINTI ALI
Unit Publisiti
Kelab Kebajikan dan Sukan
Biro Pengaduan Awam

s.k.
Yang Dipertua KESUMBA BPA

Friday 17 June 2011

Hari Keluarga BPA 2011

Makluman
Hari Keluarga BPA 2011 akan diadakan FRIM, Kepong.
Bersama kita meriahkannya.

Wednesday 15 June 2011

Mesyuarat JK KESUMBA Bil 4/2011

TARIKH      :      15 Jun 2011 (Rabu)

MASA        :      11.30 pg
TEMPAT     :      Bilik Mesyuarat Utama, BPA

Membincangkan perancangan KESUMBA bagi Program Hari Keluarga BPA dan perkara-perkara berbangkit.

Wednesday 25 May 2011

Mesyuarat JK KESUMBA Bil 3/2011

TARIKH      :      25 Mei 2011 (Rabu)

MASA        :      11.30 pg
TEMPAT     :      Bilik Mesyuarat Utama, BPA

Friday 13 May 2011

Mesyuarat Agung KESUMBA Ke-3

Mesyuarat Agung KESUMBA Ke-3 talah diadakan pada butiran berikut :

Tarikh   : 13 Mei 2011 (Jumaat)
Masa    : 330 ptg - 5.00 ptg
Tempat : Bilik Persidangan, Aras 2, Blok B1, Kompleks JPM.

Selamat Datang ke Blog KESUMBA

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)