Wednesday 22 June 2011

Sukaneka Hari Keluarga BPA 2011

Sukacita dimaklumkan, Program Hari Keluarga BPA 2011 akan diadakan pada  2 Julai  2011 (Sabtu) di FRIM, Kepong, Selangor. Sehubungan itu, bagi memeriahkan sambutan tersebut acara Sukaneka turut akan diadakan. Bersama-sama ini disertakan beberapa acara sukaneka untuk makluman awal YBhg. Dato’/Tuan/Puan selanjutnya.

Acara Sukaneka untuk kanak-kanak (7-12 tahun)
1.    Rebut Gula-Gula dan Hadiah Kecil (kanak-kanak berusia 3 – 6 tahun)
2.    Isi Air Dalam Botol (Berkumpulan)
3.    Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu (Berkumpulan)
4.    Kerusi Berirama (Terbuka)

Acara Sukaneka Untuk Dewasa Lelaki/Perempuan
1.    Trompah Gergasi (Berkumpulan)
2.    Lari Dalam Guni (Berkumpulan)
3.    Bomba Kampung (Berkumpulan)
4.    Monorail (Berkumpulan)

1 comment:

  1. Ingin bertanya, kenapakah ibu bapa tidak dikategorikan sebagai ahli keluarga? Bagi kakitangan yang belum berkahwin, ahli keluarga ialah ibu bapa dan adik beradik. Saya rasa not fair la bagi kami yang belum berkahwin. Pohon pihak tuan/puan pertimbangkan.

    ReplyDelete

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)