Tuesday 21 June 2011

Jemputan Hari Keluarga BPA


Assalammualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

PROGRAM HARI KELUARGA BIRO PENGADUAN AWAM 2011
ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN BPA (KESUMBA)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sukan BPA akan menganjurkan Program HARI KELUARGA BPA 2011” bersama sebagai satu program mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga BPA. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh  
:
2 Julai 2011 (Sabtu)

Masa
:
7.30 pagi  – 2.00 petang

Lokasi
:
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Bayaran
:
RM 20  (bagi warga gred 3 hingga 22);
RM 50   (bagi warga gred 27 hingga 32);
RM 70   (bagi warga gred 36 hingga 44);
RM 100 (bagi warga 48 hingga 52);
RM 200 (bagi warga gred 54);
RM 300 (bagi warga gred VU7); dan
RM 500 (bagi warga VU6)  
 
                 * Ahli keluarga adalah suami/isteri/anak warga BPA sahaja.
                 * Ahli keluarga yang lain tidak dikenakan sebarang bayaran.
                 * Selain Ahli keluarga bayaran tambahan RM20 akan dikenakan.

3.       Sehubungan  itu, YBhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan Program HARI KELUARGA BPA 2011 ini. Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran anda dengan mengemukakan Lampiran A yang telah lengkap diisi sebelum atau pada 23 Jun (Khamis) kepada Biro Publisiti KESUMBA.

4.         YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga dibenarkan untuk membawa ahli keluarga untuk memeriahkan lagi program ini. 

5.         Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Tuan/Puan dalam menghadirkan diri dan menjayakan  program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan lanjut YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi ahli-ahli jawatankuasa KESUMBA seperti berikut:

i)       Pn Azlina Binti Ali
(azlinaali@pcb.gov.my , 03-88725676 )
ii)      Pn Herdayu Binti Hamid
(herdayu@pcb.gov.my , 03-88725635 )
iii)     En Khairul Faiz Bin Kadir
(faiz@pcb.gov.my , 03-88725608 )

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

AZLINA BINTI ALI
Unit Publisiti
Kelab Kebajikan dan Sukan
Biro Pengaduan Awam

s.k.
Yang Dipertua KESUMBA BPA

No comments:

Post a Comment

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)