Thursday 15 March 2012

Kejohanan Futsal JPM 2012


PUTRAJAYA – Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri, menyertai Kejohanan Futsal JPM 2012 yang diadakan pada 3 Mac 2012 bertempat di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya. Acara tahunan pada kali ini telah disertai sebanyak 52 pasukan dibawah agensi JPM dan dibahagikan kepada 14 kumpulan. BPA yang berada bersama-sama SPRM ‘A”, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia ‘A” hanya bermain di peringkat saringan sahaja berikutan tiada kemenangan dicatatkan.
Namun begitu, jalinan silaturahim dan kemesraan dapat diwujudkan bersama-sama agensi-agensi dibawah JPM. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hasnah bt Hj. Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha JPM.  Keputusan kejohanan juara dimenangi oleh APMM Terengganu, naib johan Jabatan Peguam Negara dan tempat ketiga dan keempat SPRM ‘A’ /JAWI ‘A’.




Sekian
Zainol bin Yusof
Pengerusi Biro Sukan BPA

No comments:

Post a Comment

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)