Wednesday 14 March 2012

Sambutan Hari Keluarga BPA 2012

Assalammualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

PROGRAM HARI KELUARGA BIRO PENGADUAN AWAM 2012 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN BPA (KESUMBA)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sukan BPA akan menganjurkan “PROGRAM HARI KELUARGA BPA 2012” sebagai satu program mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga BPA. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

          Tarikh                   :    28 - 29 April 2012 (2 hari 1 malam)
          Lokasi                   :    Melaka WonderWorld, Ayer Keroh, Melaka
          Penginapan            :    Akademi Kastam Diraja Malaysia, Ayer Keroh, Melaka 

                                           (apartment 5 bilik 3 bilik air-sharing)
          Pengangkutan        :    Diuruskan sendiri
          Bayaran meliputi    :    *Bayaran untuk
                                             - Warga BPA dan ahli keluarga (suami/Isteri dan anak-anak)
                                               ATAU
                                             - Warga BPA yang hadir seorang dibenarkan untuk membawa seorang teman secara percuma
                                           *Bayaran masuk ke taman tema termasuk tele-match
                                           *Makanan dan minuman
                                             - 2 kali sarapan
                                             - 1 kali makan tengahari
                                             - 1 kali makan malam
           Kadar bayaran    :



BAYARAN YURAN HARI KELUARGA BPA TAHUN 2012
Bil.
Gred
Kadar Rata
Sumbangan
Jumlah
1
Warga Gred VU6
RM100.00
RM600.00
RM700.00
2
Warga Gred VU7
RM100.00
RM400.00
RM500.00
3
Warga Gred 54
RM100.00
RM250.00
RM350.00
4
Warga Gred 52
RM100.00
RM150.00
RM250.00
5
Warga Gred 48
RM100.00
RM100.00
RM200.00
6
Warga Gred 44
RM100.00
RM50.00
RM150.00
7
Warga Gred 41
RM100.00
RM50.00
RM150.00
8
Warga Gred 36
RM100.00
RM30.00
RM130.00
9
Warga Gred 32
RM100.00
RM30.00
RM130.00
10
Warga Gred 29
RM100.00
RM30.00
RM130.00
11
Warga Gred 27
RM100.00
RM30.00
RM130.00
12
Warga Gred 22
RM100.00
RM20.00
RM120.00
13
Warga Gred 17
RM100.00
RM0.00
RM100.00
14
Warga Gred 3
RM50.00
RM0.00
RM50.00
15
Warga Gred 1
RM50.00
RM0.00
RM50.00


3.       Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan “PROGRAM HARI KELUARGA BPA 2012” ini. Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran anda dengan mengemukakan Lampiran A yang telah lengkap diisi sebelum atau pada 15 Mac 2012(Khamis) kepada :
            i.     Cik Aziah Binti Abdul Aziz                               – Bahagian Khidmat Pengurusan
            ii.    Puan Siti Shawalriah binti Mohamad Ab. Jamil  – Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan
            iii.   Cik Nur Fairuz binti Zamri                               – Bahagian Pengurusan Aduan

4.         Bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 25 April 2012. 

5.         YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga dibenarkan untuk membawa ahli keluarga untuk memeriahkan lagi program ini. 

6.         Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Tuan/Puan dalam menghadirkan diri dan menjayakan  program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarangpertanyaan lanjut YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi ahli-ahli jawatankuasa KESUMBA seperti berikut:

             i.      Pn Azlina Binti Ali
                     (azlinaali@pcb.gov.my , 03-88725676 )
             ii.     Pn Herdayu Binti Hamid
                     (herdayu@pcb.gov.my , 03-88725635 )

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


Unit Publisiti
Kelab Kebajikan dan Sukan
Biro Pengaduan Awam

s.k.
Yang Dipertua KESUMBA BPA




















No comments:

Post a Comment

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)