Monday 19 March 2012

Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw JPM 2012


Pada 17 Mac 2012 Kelab Bukit Perdana, JPM telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring dan Sepak Takraw kepada semua agensi-agensi dibawah JPM. Pertandingan tersebut telah diadakan secara serentak di Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya. Bagi pasukan Bola Jaring sebanyak 12 pasukan agensi dibawah JPM telah menyertai, manakala pasukan Sepak Takraw sebanyak 20 pasukan berjaya menyertainya.
Namun begitu kedua-dua wakil BPA terpaksa akur dengan kekalahan diperingkat kumpulan walaupun mempamerkan prestasi cemerlang pada sepanjang perlawanan. Syabas dan tahniah diucapkan pada kedua-dua wakil BPA yang telah menyertai kejohanan tersebut.







Sekian,
Zainol bin Yusof
Pengerusi Biro Sukan BPA

No comments:

Post a Comment

Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)