Friday, 20 July 2012

Jualan Kurma Sempena Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Sempena keberkatan Ramadhan ini, KESUMBA ada menjual kurma yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. 

Nikmati sendiri sewaktu berbuka kerana mencontohi sunnah Rasulullah S.AW.
Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih."

Hadiahkan kepada orang lain kerana 
Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma."

Berikut adalah jenis kurma yang dijual bersama harganya :


Untuk mendapatkannya, boleh menghubungi Puan Noor Idayu Yeop Husin (03-8872 5640)
Sekian.



Saturday, 2 June 2012


Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUMBA) Ke-4
Biro Pengaduan Awam
Sesi 2012/2013

Tarikh                :        4 Jun 2012 (Isnin)
Masa                  :       3.00 petang
Tempat               :       Bilik Persidangan,
Aras 2, Blok B1,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.


AGENDA

1.     Kata-kata Aluan oleh YBrs. Puan Rogayah binti A. Bakar, Yang DiPertua KESUMBA

2.     Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Penaung KESUMBA

3.     Pembentangan laporan KESUMBA sepanjang tahun 2011/2012
i.     Setiausaha
ii.   Bendahari
iii. Ahli-ahli Jawatankuasa
iv. Hal-hal lain

4.     Pembubaran Ahli-ahli Jawatankuasa KESUMBA 2011/2012 dan pelantikan Pengerusi sementara

5.     Sesi pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Sesi 2012/2013

6.     Ucapan Yang DiPertua KESUMBA Sesi 2012/2013

7.     Majlis bersurai

PINDAAN TARIKH: Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan BPA kali ke-4


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,
 
Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada emel terdahulu di bawah.
 
2. Dimaklumkan Mesyuarat Agung kali ke-4 ditunda kepada ketetapan berikut:
 
Tarikh                        :           4 Jun 2012 (Isnin)
Tempat                     :           Bilik Persidangan,
Aras 2, Blok B1,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Waktu                       :           3.00 petang
 
3. Agenda mesyuarat adalah seperti pada lampiran.
 
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’ / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai.
 
Sekian, terima kasih.  
 
 
AHMAD AZID TAHAR BIN AHMAD LATIFFI
Setiausaha
Kelab Kebajikan dan Sukan
Biro Pengaduan Awam
 
21 Mei 2012

Monday, 28 May 2012

JEMPUTAN: Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan BPA kali ke-4


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Dato’ / Tuan /Puan, Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUMBA) BPA akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-4 pada ketetapan berikut:

Tarikh               :           30 Mei 2012 (Rabu)
Tempat            :           Bilik Persidangan,Aras 2, Blok B1,
                                      Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Waktu              :           3.00 petang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti pada lampiran.

4. Kehadiran YBhg. Dato’ / Tuan / Puan ke mesyuarat ini adalah diwajibkan. Bagi memberi peluang kepada Warga BPA untuk terlibat di dalam KESUMBA, adalah dicadangkan pelantikan AJK KESUMBA Sesi 2012/2013 boleh dibuat dikalangan Warga BPA yang tidak dapat menghadiri mesyuarat ini. Di samping itu, pelantikan juga adalah dicadang dibuat di kalangan Warga BPA yang masih belum pernah memegang jawatan sebelum ini.

5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’ / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.  

AZIAH BINTI ABDUL AZIZ
Penolong Setiausaha
Kelab Kebajikan dan Sukan
Biro Pengaduan Awam

15 Mei 2012 

Saturday, 12 May 2012

Program Hari Keluarga Biro Pengaduan Awam 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Hari Keluarga Biro Pengaduan Awam 2012 akan diadakan pada 26 - 27 Mei 2012 di Melaka Wonderland, Melaka Bandaraya Bersejarah. Bagi merasai kemeriahannya bersama-sama ini disertakan informasi awal bagi Program Hari Keluarga BPA 2012.



Friday, 20 April 2012

Majlis Tahlil BPA Bil.1/2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kebajikan KESUMBA BPA telah mengadakan Majlis Tahlil pada :

            Tarikh            : 20 April 2012 (Jumaat)
             Masa             : 11.30 pagi
Tempat          : Bilik Mesyuarat Utama BPA, Aras 6, Blok B1.

Biro Kebajikan KESUMBA BPA



Wednesday, 21 March 2012

Badminton Persahabatan BPA-MAMPU


PERSAHABATAN – Satu perlawanan persahabatan badminton antara BPA dengan MAMPU, JPM telah diadakan pada 20 Mac 2012 jam 9.00 malam. Pada perlawanan yang diadakan di Dewan Badminton, Sek. Ren. Keb. Putrajaya, Presint 11, Putrajaya, pasukan BPA menang bergaya dengan keputusan 4 – 1. Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi pendedahan kepada pemain untuk meningkat kemahiran mereka dalam sukan tersebut.
Sementara itu, Biro Sukan BPA pula berharap perlawanan persahabatan tersebut dapat diadakan lagi selepas ini, juga ada diwar-warkan akan digabungkan dengan MAMPU akan lebih mantap lagi pasukan badminton BPA diperingkat JPM.




Sekian,
Zainol bin Yusof
Pengerusi, Biro Sukan BPA

Monday, 19 March 2012

Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw JPM 2012


Pada 17 Mac 2012 Kelab Bukit Perdana, JPM telah menganjurkan Pertandingan Bola Jaring dan Sepak Takraw kepada semua agensi-agensi dibawah JPM. Pertandingan tersebut telah diadakan secara serentak di Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya. Bagi pasukan Bola Jaring sebanyak 12 pasukan agensi dibawah JPM telah menyertai, manakala pasukan Sepak Takraw sebanyak 20 pasukan berjaya menyertainya.
Namun begitu kedua-dua wakil BPA terpaksa akur dengan kekalahan diperingkat kumpulan walaupun mempamerkan prestasi cemerlang pada sepanjang perlawanan. Syabas dan tahniah diucapkan pada kedua-dua wakil BPA yang telah menyertai kejohanan tersebut.







Sekian,
Zainol bin Yusof
Pengerusi Biro Sukan BPA

Thursday, 15 March 2012

Kejohanan Futsal JPM 2012


PUTRAJAYA – Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri, menyertai Kejohanan Futsal JPM 2012 yang diadakan pada 3 Mac 2012 bertempat di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya. Acara tahunan pada kali ini telah disertai sebanyak 52 pasukan dibawah agensi JPM dan dibahagikan kepada 14 kumpulan. BPA yang berada bersama-sama SPRM ‘A”, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia ‘A” hanya bermain di peringkat saringan sahaja berikutan tiada kemenangan dicatatkan.
Namun begitu, jalinan silaturahim dan kemesraan dapat diwujudkan bersama-sama agensi-agensi dibawah JPM. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hasnah bt Hj. Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha JPM.  Keputusan kejohanan juara dimenangi oleh APMM Terengganu, naib johan Jabatan Peguam Negara dan tempat ketiga dan keempat SPRM ‘A’ /JAWI ‘A’.




Sekian
Zainol bin Yusof
Pengerusi Biro Sukan BPA

Wednesday, 14 March 2012

Borang Pengesahan Kehadiran ke Sambutan Hari Keluarga BPA 2012

Sambutan Hari Keluarga BPA 2012

Assalammualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato’ / Tuan / Puan,

PROGRAM HARI KELUARGA BIRO PENGADUAN AWAM 2012 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN BPA (KESUMBA)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sukan BPA akan menganjurkan “PROGRAM HARI KELUARGA BPA 2012” sebagai satu program mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga BPA. Program ini akan diadakan seperti butiran berikut:

          Tarikh                   :    28 - 29 April 2012 (2 hari 1 malam)
          Lokasi                   :    Melaka WonderWorld, Ayer Keroh, Melaka
          Penginapan            :    Akademi Kastam Diraja Malaysia, Ayer Keroh, Melaka 

                                           (apartment 5 bilik 3 bilik air-sharing)
          Pengangkutan        :    Diuruskan sendiri
          Bayaran meliputi    :    *Bayaran untuk
                                             - Warga BPA dan ahli keluarga (suami/Isteri dan anak-anak)
                                               ATAU
                                             - Warga BPA yang hadir seorang dibenarkan untuk membawa seorang teman secara percuma
                                           *Bayaran masuk ke taman tema termasuk tele-match
                                           *Makanan dan minuman
                                             - 2 kali sarapan
                                             - 1 kali makan tengahari
                                             - 1 kali makan malam
           Kadar bayaran    :



BAYARAN YURAN HARI KELUARGA BPA TAHUN 2012
Bil.
Gred
Kadar Rata
Sumbangan
Jumlah
1
Warga Gred VU6
RM100.00
RM600.00
RM700.00
2
Warga Gred VU7
RM100.00
RM400.00
RM500.00
3
Warga Gred 54
RM100.00
RM250.00
RM350.00
4
Warga Gred 52
RM100.00
RM150.00
RM250.00
5
Warga Gred 48
RM100.00
RM100.00
RM200.00
6
Warga Gred 44
RM100.00
RM50.00
RM150.00
7
Warga Gred 41
RM100.00
RM50.00
RM150.00
8
Warga Gred 36
RM100.00
RM30.00
RM130.00
9
Warga Gred 32
RM100.00
RM30.00
RM130.00
10
Warga Gred 29
RM100.00
RM30.00
RM130.00
11
Warga Gred 27
RM100.00
RM30.00
RM130.00
12
Warga Gred 22
RM100.00
RM20.00
RM120.00
13
Warga Gred 17
RM100.00
RM0.00
RM100.00
14
Warga Gred 3
RM50.00
RM0.00
RM50.00
15
Warga Gred 1
RM50.00
RM0.00
RM50.00


3.       Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan “PROGRAM HARI KELUARGA BPA 2012” ini. Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran anda dengan mengemukakan Lampiran A yang telah lengkap diisi sebelum atau pada 15 Mac 2012(Khamis) kepada :
            i.     Cik Aziah Binti Abdul Aziz                               – Bahagian Khidmat Pengurusan
            ii.    Puan Siti Shawalriah binti Mohamad Ab. Jamil  – Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan
            iii.   Cik Nur Fairuz binti Zamri                               – Bahagian Pengurusan Aduan

4.         Bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 25 April 2012. 

5.         YBhg. Dato’/Tuan/Puan juga dibenarkan untuk membawa ahli keluarga untuk memeriahkan lagi program ini. 

6.         Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/Tuan/Puan dalam menghadirkan diri dan menjayakan  program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarangpertanyaan lanjut YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh menghubungi ahli-ahli jawatankuasa KESUMBA seperti berikut:

             i.      Pn Azlina Binti Ali
                     (azlinaali@pcb.gov.my , 03-88725676 )
             ii.     Pn Herdayu Binti Hamid
                     (herdayu@pcb.gov.my , 03-88725635 )

Sekian, terima kasih.


Yang benar,


Unit Publisiti
Kelab Kebajikan dan Sukan
Biro Pengaduan Awam

s.k.
Yang Dipertua KESUMBA BPA




















Tujuan Dan Objektif KESUMBA

Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli, menjaga kebajikan dan kepentingan ahli, memaju dan menggalakkan ahli dalam aktiviti amal, sukan, kebudayaan, pelajaran, sosial dan kebajikan serta menerima derma ikhlas dan mengutip derma untuk menjalankan aktiviti dengan mendapat keberanran Pendaftar Pertubuhan dan Pihak Berkuasa berkenaan terlebih dahulu. (Fasal 4 Perlembagaan)